Seronokkan kita dapat main recycling game Forrest & Flora bersama sama! Meriah betul! Dan booth kita di sana juga dapat sambutan yang menggalakkan. Bertuah kami dapat makan sedap-sedap..penginapan yang selesa! Yang penting dapat relax dari kesibukan ibukota sekejap.. Terima Kasih sekali lagi! tahun depan jemput kami lagi tau! :D
ok mula2 kita tengok banner kita Tema tahun ini black & red yang sophisticated. Sebab itu Forrest & Flora sangat bergaya kat banner tu! :)
pastu kita tengok payung kita pulak! comel ada warna biru, kuning dan purple! nanti kat entry akan datang saya upload lagi gambar-gambar payung. Stok dah habis tak sempat nak ambil gamba :) hihi. Ni je yang ada! Kat bawah nanti ada lagi sikit. Sila scroll dengan tabah ye!
nama game ni ialah Forrest& Flora Recycling Game tahniah kepada pemenang! :) enjoy tak haritu?
briefing
lari dik lari!
cepat cepat masa berjalan! fikir dulu sebelum buang!
juri profesional sedang memberi markah. huhu.kat gambar tu ada Encik Roslan dan Puan Rozana Zeti Basir. Mania semua tahu tak cara nak main game ni?
ok nampak kan ada 5 tong kat situ? hafal ye... Biru untuk kertas! Coklat untuk kaca! Oren untuk plastik & aluminum! Hijau untuk others atau lain2. Dan yang kecil molek tu Purple untuk worm farming! Food waste pergi kat tong purple ok! kita sediakan sampah-sampah comel untuk mewakili setiap tong sampah itu. memang best main game ni. Simple tapi penuh info. nak tahu lebih lanjut, jemput kami.. nanti kami datang buat demostrasi! hubungi admin di talian hangat - 019 3743935! :)
berminat nak tengok Forrest & Flora's activities boleh tengok kat youtube channel Forrest & Flora - http://www.youtube.com/watch?v=skEhUnfEJ3w ada 6 aktiviti yang berjaya diupload tahun lepas. tahun ni punya video insyaAllah... bila admin merahjambumania berjaya curi masa lagi . Nanti saya war-war kan ye. huhu. :)
juara hari itu! dapat payung exclusive Forrest & Flora! Yay!
naib juara dapat buku terbaru forrest & flora - Alam Juga Kita Semula Mengapa Tidak Kita? comel kan buku tu! dan penuh infomasi ye adik adik!
tempat ketiga pun dapat buku forrest & flora! amalkan semangat membaca dan kitar semula amalan mulia!
gambar gambar di bawah ini adalah sekitar malam gala Family Day FIMA 2012. Crew merahjambumania ada bukak booth untuk sesi jualan dan beramah mesra untuk tetamu pada hari itu.
crew set up booth dengan bergaya booth 1
crew set up booth dengan bergaya booth2
crew menjaya booth dengan bergaya juga.
tika ini crew tengah sambil bergaya juga * maaf tiada gambar makanan yang berjaya diambil kerana crew begitu seronok memilih makanan oh yeah.
oh dah kena balik, kembali memasukkan semua barang ke dalam boot kereta. oh pilu.
bye bye Grand Lexis Port Dickson! Jumpa lagi!
oh crew Merah Jambu Mania singgah shopping kejap baru balik. hehe. Bye bye sekali lagi Port Dickson!
No comments:
Post a Comment