Thursday, December 16, 2010

Debaran!

Hai mania sekalian!

kami tengah berdebar menunggu kelahiran sulung buku cerita kanak-kanak, produk MJM,. kisah pengembaraan forrest dan flora dalam mengitar semula. tajuk nya forrest & flora in Nature Recycles, Why Can't We?Insya-Allah, 21hb ni akan dilancarkan. venue terpaksa dirahsiakan dulu sebab tempat terhad. Jika berkesempatan boleh la lawati pre web www.forrestandflora.com. semoga impian kami utk melihat buku ini di pasaran sebelum berahir nya 2010 akan menjadi kenyataan. Amin... :D

kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan2 yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm menyiapkan buku ini serta bahan2 below the line .. tanpa bantuan kalian semua tak mungkin kerja kami akan menjadi lancar dan mudah. tak lupa juga terima kasih kepada keluarga yg turut sama memainkan peranan, membantu kami dari segi sokongan tanpa had dan juga bantuan yang tak terjangka. terima kasih! kasih sayang semua tak akan kami lupakan. tak sangka projek ini hanya mengambil masa 5 bulan utk membuah kan hasil. harap kalian semua doakan buku ini menjadi hit dan suksess bukan setakat dlm negara tapi kat luar juga. kejayaan buku ini, kejayaan kita bersama tau!

Panjang pulak ucapan hari ni ek. tapi tak pe, kami sambung.. tak lupa juga tahniah kepada author of the book : Puan Rozana Zeti Basir yang memberi kami peluang utk berkerja dgn puan. Proses menyiapkan transkrip buku, illustration, hours n hours of meeting, brain storming session.. dan lain lain, merupakan pengalaman yg sgt berharga bg kami. Terima kasih kerana memilih kami sebagai crew puan. Bekerjasama dgn puan sangat seronok. x sabar nak sambung utk next project! *wink. :D Terima kasih kepada PA puan, dan family serta kakitangan office puan yang sangat ramah dan tak lokek memberi kerjasama kepada kami.

ya kita stress, tapi kita juga ter sangat enjoy sepanjang tempoh 5 bulan ini!. semuanya sangat memberi kepuasan yang tidak dpt dijual beli. Terima kasih semua! Jumpa di book store tau! jangan lupa dapat kan naskah yang origenal! nti dapat hadiah misteri tau.. best!

jumpa lagi! take care!

opss lupa lagi nak update barang2 yg terbaru. nti bila free kami upload dan update lagi ok! till then.. salam! jgn nakal nakal! :p

Tuesday, November 23, 2010

selamat berkorban mania sekalian!

rasanya belum terlewat untuk kami mewakili crew merah jambu mania mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang meraikan... :D

tahun ni kami belum berkesempatan utk turut sama berkorban.. insyaAllah tahun depan andai dimurahkan rezeki dapat la kami join sembelih lembu atau kambing. Doakan kami ye mania sekalian!

Syukur sangat dengan rezeki melimpah ruah yang kami terima sejak wisma ini ditubuhkan..(eceh berangan kompeni besar) huhu. tak menang tangan kami dibuat nya.. dan kami cuba sebaik yg mungkin utk memenuhi kehendak pelanggan yg amat kami hargai. kalau ada kekurangan, harap ampun kan kami, maklum la.. masih baru sgt, baru bertatih.. :D masih mentah ..masih comel.. hihi!

Maaf kalau lama tak update blog.. oh ya kami pun tgh dlm proses menyiapkan lawan sesawang (website) kami.. kalau ada masa, jenguk la kat situ tau.. www.merahjambumania.com

bila berkesempatan lagi, kami update kerja kerja kami sepanjang oct dan nov..jadi ..stay tuned!
jaga diri, hiasi peribadi! :D jumpa lagi!

Friday, October 8, 2010

coming soon!



stiker ni simple je. atas permintaan pelanggan.mmg tujuan kami pun nak memenuhi hasrat pelanggan sedaya upaya kami. sweet kan? huhu!

angpau sepanjang tahun!





angpau comel ini dilengkapi dgn stiker.fungsi stiker adalah utk promosi ..oleh itu tiada pembaziran. bila produk sebenar sudah dipasarkan, stiker coming soon tidak diperlukan lagi. pelanggan telah order sebyk 5000 kpg. boleh pakai utk sepanjang tahun. tak perlu tunggu raya aidilfitri sahaja.semua perayaan boleh guna angpau ni.best kan?
*nota : lagi byk print, lagi murah.anda lebih jimat! yay!

banner ceramah kesihatan

tajuk ceramah mengenai kanser servik, penyakit SLE dan pengurusan stres.
maaf sebb tak sempat snap banner yg digantung. tapi ni size 4" x 10".
harap para penduduk taman desa bakti gembira dgn ceramah yg diberikan. dtg la beramai ramai. jgn malu malu. :)

cop utk rangkaian positif sb


nota** model di atas bukan pelanggan kita tapi seorang PA yang jelita yang membantu memasarkan produk. sekian.tq.
nota tambahan** sesiapa yang ingin membuat rubber stamp syarikat sendiri juga dialu-alukan.:)

Tuesday, September 28, 2010

stiker utk Budak Motor Club





Di sini ada 2 design.. satu transparent dan satu ada background putih.
Jadi..Jangan malu-malu. dapat kan stiker club anda sendiri, sekarang! :p

t shirt untuk jeff dan geng nya




p/s: kalau pergi ke trek sepang tu jangan lupa ajak kami sekali tau! :D

Friday, September 24, 2010

Di mana mania sekalian beraya tahun ni?!

berjumpa lagi kita di pagi jumaat yang redup redup ni. best kan esok dah sabtu! open house sana sini. setiap minggu kenyang mkn mkn dan mkn lagi! yey! camne raya awak semua? mesti meriah kan? ada nak jemput krew MJM dtg beraya tak? kepada yang nak bagi sumbangan ang pau sgt la kami alu alu kan.. huhu. *wink. Jangan malu malu tau. :D

Raya yang paling best sebab kita boleh jumpa dan berkumpul sama mak ..ayah..atuk..nenek..sanak saudara, adik beradik yang paling utama. Lagi lah yang duduk di perantauan, yang dah bekeluarga. Time raya macam ni lah baru boleh jumpa, bersenda gurau macam dulu dulu. Bila cuti dah abis, mula lah tak best sebab kena sambung kerja balik. Oh sedeh. Dah tak leh malas malas. Tapi kena keje kuat untuk sambut raya lagi..kan kan?

dan musim raya dah nak habis dah.. open house minggu depan dah last week dah.. oh tidakk.... lemang.. ketupat..rendang.. bunga api..bye bye.. isk isk..

*mode : tak sabar tunggu ramadhan dan Syawal muncul lagi!

Wednesday, August 4, 2010

puasa dah dekat! yeye...leh raya!

jeng jeng jeng. anda dah ganti posa ? saya dahhh.. *wink.

sebuk la sangat semenjak dua menjak ni kan.. nti bila dah tak bizi, saya upload beberapa pekerjaan yg kami buat sepanjang julai lepas.(bila rajin la. atau kena rajin? erk.)
ok para peminat sekalian.. semoga bertemu di lain rancangan. hik hik. perasan.

p/s : selamat menyambut Ramadhan! jgn buat mercun sendiri tau. beli je kat bazaar ramadan , main bunga api tepi tasik, lagi kool.

Monday, June 21, 2010

stiker utk barang cenderahati



taruk stiker sini boleh.. kat bunga telur boleh.. kat beg plastik pun boleh.. kool kan.. cakap je nak taruk mana, seme boleh.

1000 pcs = rm250 (hot stamp + warna tema pilihan sediri)

kad sendirik :) sekeping 50 sen. bak sini.tq.



*tenkiu nita razak tolong amik gamba. luv u. huhu.

Wednesday, June 16, 2010

kalendar mini Nita punya :)



Comel kan... sweeeetttttt jerr. :)

kalendar mini, comel!


Ni kalendar mini. cinonit je. bleh bawak ke mana saja anda berada. :)


Ni depan dia. Ada gambar pengantin, ada doa utk mereka. sgt sesuai utk
taruk dlm goodie bag sebagai cenderahati.


Adik Yan (Nita & hubby) bersama bunting mereka :)

Yan kawen majlis sekali dgn adik dia :)

Tuesday, June 8, 2010

morning mania sekalian!


salam semua.. :D dengan ini saya dengan penuh rasa rendah diri dan hidung yg kembang kempis, memotong reben merasmikan acara pembukaan kedai merah jambu mania. sukacita dimaklumkan, peminat boleh menemui kami disekitar lembah kelang buat masa ini. insya-Allah kami akan bukak kedai kami di seluruh malaysia dan negara negara jiran dlm masa yg terdekat ini. terima kaseh kerna menyokong kami. maju lah mania merah jambu utk negara! yeay!