Monday, December 26, 2011

backdrop mudah alih


zaman sekarang orang memang suka yang mobile yang compact yang mudah dan ringkas. oleh itu kami perkenal kan backdrop mudah alih, mudah pasang! enjoy!

berminat? kami juga menyediakan alat utk pasang backdrop atau nama nya backdrop stand. sila hubungi kami 019 3743935 merahjambumania untuk keterangan lanjut. :)




standy 5 feet tall yang adorable!

haa ..suka tak ada standy saiz sebesar manusia! ok abaikan manusia yang bergamba di sisi standy itu.. oh kenal ke? ok kami hanya tumpang glamer beliau. sila respon pada komen kalau anda tahu siapakah jejaka yg cute tersebut? teka teka. haha!

ok berbalik pada tajuk di atas, standy ini sangat mudah di bawa, ringan dan sangatlah menarik perhatian lebih-lebih lagi jika anda ada karakter yg ingin diketengahkan, inilah masanya!

karakter yang client kami order itu namanya Forrest & Flora. kalau nak kenal mereka lebih rapat dapatkan buku kisah pengembaraan mereka di www.forrestandflora.com atau pun boleh order terus dari kami. sekian tq! :)


belon tema forrest & flora


ada 4 color pilihan. pilih yang mana sesuai dengan jiwa masing-masing. yang paling cepat habis warna pink dan blue. i wonder why :p

enjoy la belon belon di bawah ni ya. mana tahu anda nak buat untuk majlis hari jadi anak ke, majlis pelancaran atau hari guru di sekolah ke.. apa saja..untuk majlis kawen pun kami boleh print kan belon!

oh apa saja warna pun kami boleh sediakan. selagi stok masih ada!






flyers untuk book launch

ok ni lamaaaa gila. december 2010! launching event kat Library Negara KL. maaf baru ada kesempatan nak upload. :D kalau nak flyer mcm ni hubungi kami ya!


Dikara Giant Banner


Dikara ada lah sebuah spa kecantikan terletak di Kota Damansara. Oleh kerana spa itu mendapat saingan yang yang sengit selain tempat yang agak tersorok, kami diminta untuk membuat Giant Banner untuk memudahkan pelanggan menemui spa itu walaupun berada jarak 1 km. wow! dan juga untuk tujuan mewar warkan promosi yang terbaru.

Dapatkan layanan 5 star dengan mengunjungi pusat kecantikan itu. jangan malu-malu, hubungi nombor yang tertera di situ!

So kami memang takde masalah untuk mereka cipta dan print banner sebesar ini dengan sangat sharp dan berkualiti. See it for yourself. Cantikkan?

booklet FnF

ada pin up poster kat tengah tengah. boleh jadi rujukan untuk buang sampah anda di tong yang betul!

booklet comel yang penuh informasi. Turut dikepilkan sekali penanda buku Forrest & Flora untuk menggalakkan minat membaca dikalangan kanak-kanak.


isi dalam yang mempunyai banyak tips untuk memudahkan anda mengitar barang semula.




page belakang yang menyelitkan gambar penulis buku dan alamat untuk dihubungi. booklet ini adalah percuma kerana penulis ingin memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula pada alam sekitar dan kita yang harus menggerakkannya.

tinggal sikit je.. akan di re-print secepat mungkin. habis masa KLIBF 2011 tempohari. kami print sebanyak 5000 naskhah. InsyaAllah dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada semua!

namekad Merahjambumaniak!


oh ini adalah imej kami sewaktu mula-mula bertapak. nantikan kemunculan name card kami yang lebih menggegarkan tidak lama lagi! tungguuuuuu!

namekad untuk Rimba Bicara

syarikat Rimba Bicara ini ada 4 warna asas yang kami bawa untuk setiap kempen yang dijalankan. warna warnanya cukup terang dan logo yang significant kepada logo kitar semula.

Imej yang dibawa sesuai dengan perbincangan kami dengan pemilik logo dan syarikat untuk rebranding atau memberi nafas baru kepada kitar semula supaya lebih senang mendekati generasi baru terutamanya kanak-kanak.

Beliau juga menginginkan kitar semula ini dijadikan aktiviti wajib bagi setiap keluarga di Malaysia. sangat murni kan? marilah kita sama-sama mendoakan cita-cita Puan Rozana Zeti Basir menjadi kenyataan. Amin!

badges Merahjambumania


para maniak sekalian.. wajib memiliki limited edition badges kami! sangat unik dan berkarisma.wow! pasti berasa bangga untuk memakainya di mana saja anda berada! berminat? jangan malu-malu..hubungi kami di talian 019 3743935 sekarang!



sangat comel.. kan? comel tapi ada ganas nya juga. jangan risau..lelaki dan pompuan pun boleh pakai badge ni! :D

badge untuk Rimba Bicara

badge yang sangat lembut warnanya tapi mission yang dibawa sangat besar. Pemilik logo ini bercita cita untuk mengubah rakyat Malaysia supaya cintakan kitar semula.

Marilah kita semua menyokong harapan beliau dengan memiliki badge ini!

badges yang unik lengkap dengan packaging



tidak lengkap kalau merchandise untuk kanak-kanak tanpa badges. Badge sangat penting untuk menyampaikan mesej secara direct. untuk mengelakkan kan ia nampak terlalu serius dan mungkin dull, kami longgarkan dengan menampilkan pelbagai artwork dan tema yang berbeza untuk memberi kepuasan kepada pelanggan untuk memilih badge yang diminati mengikut citarasa masing-masing.





kalau minat semua, tunggu apa lagi.. belilah satu set! tak rugi! bukan kanak-kanak saja yang suka barangan warna-warni.. yang dewasa juga turut menggemarinya, kan? :) kalau minat, hubungi kami ya!

bunting untuk event FnF




bunting sangat penting untuk promosi produk anda.. kami sangat mementingkan mesej yang anda cuba sampaikan diadaptasi dengan cemerlang! bunting di atas adalah kesinambungan dari buku kanak-kanak, 'Nature Recycles, Why Can't We?' yang memberi mesej 'it is fun to recycle!'

banner untuk FnF di cherating



banner yang sangat cute dan ceria yang mampu milik oleh semua!

event di Cherating


ok sangat out dated punya update ye! event ni berlaku pada awal tahun haritu memandangkan kini dah nak masuk new year 2012! gila lamaaaaaaaaaaa!

tapi tak pe.. upload jugak gamba2 sekitar event.haha. nti saya asing kan gamba banner dan bunting untuk tatapan para peminat sekalian. yay!

actually, ini sebenarnya event family day sebuah syarikat korporat, dan kami turut berbear hati untuk memenuhi jemputan untuk membuka mini booth untuk memperkenalkan penulis baru yang bakal famous, Puan Rozana Zeti Basir. (dapatkan buku beliau di www.forrestandflora.com atau hubungi kami ok!

Thank you puan dan semua pihak yang terlibat sebab bagi kami peluang untuk turut sama enjoy di cerating! hooray!



pasang 2 je sebab nti kalau pasang 10 bunting susah pulak pengunjung hotel nak lalu lalang :p


Link
tengah-tengah pintu masuk kami pasang banner!



abang meja urusetia yang pasrah menanti kunjungan peminat

tawaran hebat hanya pada hari tersebut! dptkan buku dan badges yg original ok!

beli badges 1 set anda akan dapat edisi khas packaging tema tepi pantai with love!

badges comel comel..rugi tak collect tau! :)

mereka tak join pun sukaneka..hanya posing dan posing saja..haha!

ok pack barang balik. sedeh meninggalkan cherating yang indah.kita jumpa lagi ya!