Tuesday, November 20, 2012

Forrest & Flora 1st Birthday part 1 (setup in progress)

Hi mania semua! Sudah kah anda bersedia untuk cuci mata melihat sekitar setup event yang penuh onak dan duri tapi kami bergembira! Betul tak crew sekalian? Walaupun penat, berpeluh satu satu badan, dan comot tapi kami sangat lega dan puas bila berjaya merealisasikan setiap projek yang kami jalankan. Tak percaya? jum kita layan gambar-gambar di bawah. Tepukan gemuruh untuk crew kami, tanpa anda semua, siapalah merah jambu mania! we love uols! Enjoice!

 Mr Ju : our videographer
 gigih mengemas ruang 1

 sikit lagi nak siap
 ruang 1 done!
kemas ruang 2

 ruang 2 done!

 makan time!
 sila tambah nasi!

 comel je wajah2 crew tengah makan uols!
 sambung kerja!

 setup bahagian luar pulak
 ballon deco in progress
  ballon deco in progress dalam rumah
 Mr Adi yang terer
 belon di luar ..makanan akan di tempatkan di sini
 house guare area. usherer akan lepak sini
 Awek reception tengah rehersal
menatarias ruang 1 masih diteruskan dengan bergaya
 dan lagi.
 ok lapar balik? jangan risau.. kita makan lagi!
 sambung setting bahagian luar
 dan hias ruang dalam
 stress tapi seronok!
 dah penuh belon! yay!
crew bahagian sound system dah tiba. tq guys!

eh! caterer dah sampai apa tunggu lagi!
 ye seperti yang diduga, kami makan lagi dan lagi! haha!

ni baru proses menatarias dan mendeko. sila sambung di part 2 untuk cuci mata sekitar majlis hari jadi Forrest & Flora yang pertama dan majlis pelancaran buku Alam juga Mengitar Semula, Mengapakah Tidak Kita? versi Bahasa Melayu untuk Nature Recycles Why Can't We? :)




2012 tahun yang sangat bizi!

Alhamdulillah! bersyukur sangat sebab tak menang tangan melayani order para mania sekalian. Terima kasih kerana menyokong kami. Buat pelanggan baru, kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana menceriakan hari kami!

pertama sekali, kami nak minta maaf sebab tak sempat meng update belog. Maklumlah masa begitu mencemburui kami. Cewah :p oleh itu mari kita imbas kembali aktiviti kami pada tahun ini. Kena buat trackback sebab senang nak susun gambar .. supaya admin kami tak pening. So kami decide nak upload event berikut.. InsyaAllah! :
  1. birthday Bash FnF 1st year (PJ)
  2. KLIBF year 2012 (PWTC)
  3. birthday party mummy, sophea and taufiq (Lanai Gurney Condo)
 harap menunggu dengan gembira ye! terima kasih! sayang semua! xoxo!

Friday, May 25, 2012

Family Day lagi!

Terima kasih FIMA kerana sudi menjemput kami lagi untuk meriahkan family day pada februari lepas! kita duduk kat Grand Lexis Port Dickson. Best! Maaf sebab lambat upload sebab crew merahjambumania agak sibuk semenjak hari itu. Sibuk maknanya jadual tersangat padat kan kan? Alhamdulillah. :) Ni pun saya cuba luangkan sedikit masa untuk para mania yang tersayang!

Seronokkan kita dapat main recycling game Forrest & Flora bersama sama! Meriah betul! Dan booth kita di sana juga dapat sambutan yang menggalakkan.  Bertuah kami dapat makan sedap-sedap..penginapan yang selesa! Yang penting dapat relax dari kesibukan ibukota sekejap.. Terima Kasih sekali lagi! tahun depan jemput kami lagi tau! :D

ok mula2 kita tengok banner kita Tema tahun ini black & red yang sophisticated. Sebab itu Forrest & Flora sangat bergaya kat banner tu! :)


pastu kita tengok payung kita pulak! comel ada warna biru, kuning dan purple! nanti kat entry akan datang saya upload lagi gambar-gambar payung. Stok dah habis tak sempat nak ambil gamba :) hihi. Ni je yang ada! Kat bawah nanti ada lagi sikit. Sila scroll dengan tabah ye!


nama game ni ialah Forrest& Flora Recycling Game tahniah kepada pemenang! :) enjoy tak haritu?

briefing

lari dik lari!

cepat cepat masa berjalan! fikir dulu sebelum buang!

juri profesional sedang memberi markah. huhu.kat gambar tu ada Encik Roslan dan Puan Rozana Zeti Basir. Mania semua tahu tak cara nak main game ni? 

ok nampak kan ada 5 tong kat situ? hafal ye... Biru untuk kertas! Coklat untuk kaca! Oren untuk plastik & aluminum! Hijau untuk others atau lain2. Dan yang kecil molek tu Purple untuk worm farming! Food waste pergi kat tong purple ok! kita sediakan sampah-sampah comel untuk mewakili setiap tong sampah itu. memang best main game ni. Simple tapi penuh info. nak tahu lebih lanjut, jemput kami.. nanti kami datang buat demostrasi! hubungi admin di talian hangat - 019 3743935! :)

berminat nak tengok Forrest & Flora's activities boleh tengok kat youtube channel Forrest & Flora - http://www.youtube.com/watch?v=skEhUnfEJ3w ada 6 aktiviti yang berjaya diupload tahun lepas. tahun ni punya video insyaAllah... bila admin merahjambumania berjaya curi masa lagi . Nanti saya war-war kan ye. huhu. :)

  juara hari itu! dapat payung exclusive Forrest & Flora! Yay!

naib juara dapat buku terbaru forrest & flora - Alam Juga Kita Semula Mengapa Tidak Kita? comel kan buku tu! dan penuh infomasi ye adik adik!

 tempat ketiga pun dapat buku forrest & flora! amalkan semangat membaca dan kitar semula amalan mulia!


gambar gambar di bawah ini adalah sekitar malam gala Family Day FIMA 2012. Crew merahjambumania ada bukak booth untuk sesi jualan dan beramah mesra untuk tetamu pada hari itu.

crew set up booth dengan bergaya booth 1

crew set up booth dengan bergaya booth2

 crew menjaya booth dengan bergaya juga.

tika ini crew tengah sambil bergaya juga * maaf tiada gambar makanan yang berjaya diambil kerana crew begitu seronok memilih makanan oh yeah.

oh dah kena balik, kembali memasukkan semua barang ke dalam boot kereta. oh pilu.

bye bye Grand Lexis Port Dickson! Jumpa lagi!
 
oh crew Merah Jambu Mania singgah shopping kejap baru balik. hehe. Bye bye sekali lagi Port Dickson!

Tuesday, May 22, 2012

Merah Jambu Mania Kembali Mengganas!

wow gerun tak dengan tajuk di atas? ahaha. ok syok sendiri saja. sebenarnya kami agak sibuk kebelakangan ini. Lepas Futsal Amal tempohari http://merahjambumania.blogspot.com/2012/04/somali-fc-naib-juara-congratulations.html yang menjadikan kita naib juara.. kami menerus kan kehidupan dengan menjaya kan lagi 2 event di sekitar ibu kota. Alhamdulillah.. tak menang tangan kami di buat nya.. penat tapi seronok. tunggu saya update lagi di post akan datang ya. Doa kan saya berjaya merajinkan diri, okay!.. hihi. *gelak tutup mulut sikit.

oh ya.. kami juga dah ada bib atau lebih manis kita panggil CREW VEST! canggih kan! anda jugak nak bib macam ni? jangan malu-malu boleh order dengan kita. ini customized tau, boleh buat design sendiri, color sendiri, logo sendiri. best kan? kan? kan? setakat ni dah 2 event kita pakai dengan bergaya. bila lagi nak next event ye! tak sabar untuk mengganas lagi! yeah!

oh ya bib atau vest for crew ni ada 2 side.. boleh tukar ikut event yang kita jayakan.. sangat cost effective dan pastinya comel! ehem :) jumpa lagi di lain post! love u guys! xoxo!

Monday, April 9, 2012

Somali FC naib juara! congratulations!

Kami sangat berbangga dapat sponsor team yang terdiri dari anak-anak pelarian Somalia ni. dapat nombor 2 beb.. kena lawan 16 team pulak tu..fuhhh terer terer. di sini ada sedikit gambar untuk tatapan anda semua! Terima kasih kepada Yayasan Muslim Aid Malaysia dan Uitm Shah Alam yang memberi peluang kepada Merahjambumania dan Somali FC untuk join event Futsal Amal 2012 ini. Jangan lupa jemput kami tahun depan ye! xoxoxo!




bye semua! jumpa lagi tahun depan! insyaAllah!