Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

2012 tahun yang sangat bizi!

Alhamdulillah! bersyukur sangat sebab tak menang tangan melayani order para mania sekalian. Terima kasih kerana menyokong kami. Buat pelanggan baru, kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana menceriakan hari kami!

pertama sekali, kami nak minta maaf sebab tak sempat meng update belog. Maklumlah masa begitu mencemburui kami. Cewah :p oleh itu mari kita imbas kembali aktiviti kami pada tahun ini. Kena buat trackback sebab senang nak susun gambar .. supaya admin kami tak pening. So kami decide nak upload event berikut.. InsyaAllah! :
  1. birthday Bash FnF 1st year (PJ)
  2. KLIBF year 2012 (PWTC)
  3. birthday party mummy, sophea and taufiq (Lanai Gurney Condo)
 harap menunggu dengan gembira ye! terima kasih! sayang semua! xoxo!

Tuesday, May 22, 2012

Merah Jambu Mania Kembali Mengganas!

wow gerun tak dengan tajuk di atas? ahaha. ok syok sendiri saja. sebenarnya kami agak sibuk kebelakangan ini. Lepas Futsal Amal tempohari http://merahjambumania.blogspot.com/2012/04/somali-fc-naib-juara-congratulations.html yang menjadikan kita naib juara.. kami menerus kan kehidupan dengan menjaya kan lagi 2 event di sekitar ibu kota. Alhamdulillah.. tak menang tangan kami di buat nya.. penat tapi seronok. tunggu saya update lagi di post akan datang ya. Doa kan saya berjaya merajinkan diri, okay!.. hihi. *gelak tutup mulut sikit.

oh ya.. kami juga dah ada bib atau lebih manis kita panggil CREW VEST! canggih kan! anda jugak nak bib macam ni? jangan malu-malu boleh order dengan kita. ini customized tau, boleh buat design sendiri, color sendiri, logo sendiri. best kan? kan? kan? setakat ni dah 2 event kita pakai dengan bergaya. bila lagi nak next event ye! tak sabar untuk mengganas lagi! yeah!

oh ya bib atau vest for crew ni ada 2 side.. boleh tukar ikut event yang kita jayakan.. sangat cost effective dan pastinya comel! ehem :) jumpa lagi di lain post! love u guys! xoxo!

Monday, April 9, 2012

Somali FC naib juara! congratulations!

Kami sangat berbangga dapat sponsor team yang terdiri dari anak-anak pelarian Somalia ni. dapat nombor 2 beb.. kena lawan 16 team pulak tu..fuhhh terer terer. di sini ada sedikit gambar untuk tatapan anda semua! Terima kasih kepada Yayasan Muslim Aid Malaysia dan Uitm Shah Alam yang memberi peluang kepada Merahjambumania dan Somali FC untuk join event Futsal Amal 2012 ini. Jangan lupa jemput kami tahun depan ye! xoxoxo!




bye semua! jumpa lagi tahun depan! insyaAllah!

Monday, March 19, 2012

Jersi Somali FC dah siap yey!

berpandukan update yg lepas.. refer ni http://merahjambumania.blogspot.com/2012/03/join-futsal-dan-beramal.html tadi kami dengan penuh bangga dan hidung kembang kempis menyerahkan jersi Somali FC pada team dengan turut dihadiri oleh wakil Muslim Aid, Encik Muhammad dan Encik Amer.

cuci mata tengok gamba-gambar kami!


tekun dengar taklimat dari Executive Partner MJM, MR Izad


semua tunjuk besttttttt!


ok one more timee.. MJM n Somali FC besttttttt!


comel kan adik kita ni!


haa ada tokoh ayam tambatan tak? laju lari ni!

oh rasa sangat teruja dan tak sabar nak tunggu hari pertandingan futsal nanti! Reminder ni ..hafal ye.... 7 April, Uitm Shah alam. Datang tau! nanti penyokong Somali FC yang bertuah akan dapat hadiah misteri!

Semoga gabungan Somali FC dan MerahJambuMania akan membuahkan hasil yang gemilang!.Amin!

oh yaaa...kami pun glemer kuar youtube. tengok sini ye... :)

kata-kata dari penaja Somali FC


bye semua! jumpa lagi tau! xoxo!

Friday, March 16, 2012

join futsal dan beramal!

hai mania semua!

Lama tak jumpa kan? Alhamdulillah, masuk je tahun baru 2012.. team merahjambumania sangat super busy. sampai nak sapu sapu habuk kat blog ni pun tak sempat. maafkan kekhilafan kami ya! sekarang admin ada masa terluang sedikit.. nak bercerita pasal pertanding futsal anak2 pelarian dan anak2 yatim yg diorganisasikan oleh Yayasan Muslim Aid Malaysia facebook kat sini http://www.facebook.com/?sk=fl_10150400677835539

Merah Jambu Mania sangat berbesar hati kerana terpilih untuk menjadi salah satu company yang sponsor jersi untuk satu team anak2 pelarian Somalia. seronok kan? :D

mana tahu nanti company kami dapat sponsor team Harimau Malaya takpun BPL ke kan? wow impian ku! haha! oleh itu, kalau nak jugak jersi macam ni.. ada nak sponsor bola ke atau makan ke atau apa sahaja untuk memeriahkan

Pertandingan Futsal Amal Piala Muslim Aid 2012

boleh klik link ni..

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150609198078468.397712.147922408467&type=3

pada : 7 April 2012
venue : Pusat Sukan UiTM Shah Alam


marilah kita sama-sama menjayakan aktiviti sihat untuk kesihatan rohani dan jasmani.yeahhh! majulah sukan untuk negara dan peminat pink mania seluruh dunia!

xoxo!

Monday, December 26, 2011

event di Cherating


ok sangat out dated punya update ye! event ni berlaku pada awal tahun haritu memandangkan kini dah nak masuk new year 2012! gila lamaaaaaaaaaaa!

tapi tak pe.. upload jugak gamba2 sekitar event.haha. nti saya asing kan gamba banner dan bunting untuk tatapan para peminat sekalian. yay!

actually, ini sebenarnya event family day sebuah syarikat korporat, dan kami turut berbear hati untuk memenuhi jemputan untuk membuka mini booth untuk memperkenalkan penulis baru yang bakal famous, Puan Rozana Zeti Basir. (dapatkan buku beliau di www.forrestandflora.com atau hubungi kami ok!

Thank you puan dan semua pihak yang terlibat sebab bagi kami peluang untuk turut sama enjoy di cerating! hooray!



pasang 2 je sebab nti kalau pasang 10 bunting susah pulak pengunjung hotel nak lalu lalang :p


Link
tengah-tengah pintu masuk kami pasang banner!



abang meja urusetia yang pasrah menanti kunjungan peminat

tawaran hebat hanya pada hari tersebut! dptkan buku dan badges yg original ok!

beli badges 1 set anda akan dapat edisi khas packaging tema tepi pantai with love!

badges comel comel..rugi tak collect tau! :)

mereka tak join pun sukaneka..hanya posing dan posing saja..haha!

ok pack barang balik. sedeh meninggalkan cherating yang indah.kita jumpa lagi ya!

Wednesday, June 8, 2011

Happy 1st Birthday MJM!


hepi besday to youuuu..hepi besday to youuuuu..hepi besday to mjmmmmmm...hepi besday to youuuuu! phewittt!

Dipetik dari facebook MJM. Sila klik url ini : Merahjambumania official Facebook
Merah Jambu Mania is now officially 1 year old! We thank our families, teachers, friends, suppliers and all involved in making our business sustain this one whole year. And we pray that we will be better and stronger in the years to come. Thank you! Terima kasih!
itulah ye sepatah dua kata dari pemilik bersekutu MJM (executive partner). :p tahniah tahniah. tak sangka dah umur setahun, dah tumbuh gigi. yay! terus kan menyokong kami tau, tanpa anda semua..siapalah kami yang comel dan cute miut ini.*blush. oh yeah kami terharu.. tak terkata... macam mimpi pun ya. tapi perjalanan MJM masih jauh, masih banyak ranjau yang perlu diharungi (wahhh). ye kami akan terus gagah ke hadapan.maju lah MJM utk negara!(lap air mata dan hingus)

sekian. love ya! xoxoxo!

p/s : nak beli tak badge kami tu? murah je.. tanda sokongan..belilahhh belilahh..plisss! :) haha.


crew pink mania berada di KLIBF2011!

Assalamulaikum dan selamat pagi semua!

Wow... penat vacuum habuk dan sawang kat blog ni. :) Sorry ye lama tak update. erkk pejam celik dah masuk bulan Jun 2011! Semua janji janji saya nak update barang2 kerja hanya tinggal kenangan. Oh! Maaf sekali lagi.. memang sangat tidak berdaya. Sangat super duper sibuk hingga nak mandi pun tak sempat. (ok tipu!) :p

Oh ya.. April tempohari kami ada menjayakan booth produk buku kanak-kanak MJM yang pertama : Forrest & Flora in Nature Recycles, Why Can't We? di KL International Book Fair, PWTC. Sambutan yang diterima sangat hangat! Walaupun penat tapi kami sangat gembira dan terharu dengan sambutan semua pengunjung booth kami. Alhamdulillah. Nanti kita repeat lagi ok!

Kat sini saya upload sedikit gambar2 kenangan kami sewaktu menjayakan event tersebut. Enjoiceeeee! :D








okey dah rindu semuaa yang menjayakan event ini terutamanya crew merahjambumania; ct, sam, tay, fazli kazen ct, syah tak lupa boss Rimba Bicara, Puan Rozana Zeti yang turut sama turun padang dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tenkiu tenkiu! xoxo!

Thursday, December 16, 2010

Debaran!

Hai mania sekalian!

kami tengah berdebar menunggu kelahiran sulung buku cerita kanak-kanak, produk MJM,. kisah pengembaraan forrest dan flora dalam mengitar semula. tajuk nya forrest & flora in Nature Recycles, Why Can't We?Insya-Allah, 21hb ni akan dilancarkan. venue terpaksa dirahsiakan dulu sebab tempat terhad. Jika berkesempatan boleh la lawati pre web www.forrestandflora.com. semoga impian kami utk melihat buku ini di pasaran sebelum berahir nya 2010 akan menjadi kenyataan. Amin... :D

kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan2 yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm menyiapkan buku ini serta bahan2 below the line .. tanpa bantuan kalian semua tak mungkin kerja kami akan menjadi lancar dan mudah. tak lupa juga terima kasih kepada keluarga yg turut sama memainkan peranan, membantu kami dari segi sokongan tanpa had dan juga bantuan yang tak terjangka. terima kasih! kasih sayang semua tak akan kami lupakan. tak sangka projek ini hanya mengambil masa 5 bulan utk membuah kan hasil. harap kalian semua doakan buku ini menjadi hit dan suksess bukan setakat dlm negara tapi kat luar juga. kejayaan buku ini, kejayaan kita bersama tau!

Panjang pulak ucapan hari ni ek. tapi tak pe, kami sambung.. tak lupa juga tahniah kepada author of the book : Puan Rozana Zeti Basir yang memberi kami peluang utk berkerja dgn puan. Proses menyiapkan transkrip buku, illustration, hours n hours of meeting, brain storming session.. dan lain lain, merupakan pengalaman yg sgt berharga bg kami. Terima kasih kerana memilih kami sebagai crew puan. Bekerjasama dgn puan sangat seronok. x sabar nak sambung utk next project! *wink. :D Terima kasih kepada PA puan, dan family serta kakitangan office puan yang sangat ramah dan tak lokek memberi kerjasama kepada kami.

ya kita stress, tapi kita juga ter sangat enjoy sepanjang tempoh 5 bulan ini!. semuanya sangat memberi kepuasan yang tidak dpt dijual beli. Terima kasih semua! Jumpa di book store tau! jangan lupa dapat kan naskah yang origenal! nti dapat hadiah misteri tau.. best!

jumpa lagi! take care!

opss lupa lagi nak update barang2 yg terbaru. nti bila free kami upload dan update lagi ok! till then.. salam! jgn nakal nakal! :p

Tuesday, November 23, 2010

selamat berkorban mania sekalian!

rasanya belum terlewat untuk kami mewakili crew merah jambu mania mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua yang meraikan... :D

tahun ni kami belum berkesempatan utk turut sama berkorban.. insyaAllah tahun depan andai dimurahkan rezeki dapat la kami join sembelih lembu atau kambing. Doakan kami ye mania sekalian!

Syukur sangat dengan rezeki melimpah ruah yang kami terima sejak wisma ini ditubuhkan..(eceh berangan kompeni besar) huhu. tak menang tangan kami dibuat nya.. dan kami cuba sebaik yg mungkin utk memenuhi kehendak pelanggan yg amat kami hargai. kalau ada kekurangan, harap ampun kan kami, maklum la.. masih baru sgt, baru bertatih.. :D masih mentah ..masih comel.. hihi!

Maaf kalau lama tak update blog.. oh ya kami pun tgh dlm proses menyiapkan lawan sesawang (website) kami.. kalau ada masa, jenguk la kat situ tau.. www.merahjambumania.com

bila berkesempatan lagi, kami update kerja kerja kami sepanjang oct dan nov..jadi ..stay tuned!
jaga diri, hiasi peribadi! :D jumpa lagi!

Friday, September 24, 2010

Di mana mania sekalian beraya tahun ni?!

berjumpa lagi kita di pagi jumaat yang redup redup ni. best kan esok dah sabtu! open house sana sini. setiap minggu kenyang mkn mkn dan mkn lagi! yey! camne raya awak semua? mesti meriah kan? ada nak jemput krew MJM dtg beraya tak? kepada yang nak bagi sumbangan ang pau sgt la kami alu alu kan.. huhu. *wink. Jangan malu malu tau. :D

Raya yang paling best sebab kita boleh jumpa dan berkumpul sama mak ..ayah..atuk..nenek..sanak saudara, adik beradik yang paling utama. Lagi lah yang duduk di perantauan, yang dah bekeluarga. Time raya macam ni lah baru boleh jumpa, bersenda gurau macam dulu dulu. Bila cuti dah abis, mula lah tak best sebab kena sambung kerja balik. Oh sedeh. Dah tak leh malas malas. Tapi kena keje kuat untuk sambut raya lagi..kan kan?

dan musim raya dah nak habis dah.. open house minggu depan dah last week dah.. oh tidakk.... lemang.. ketupat..rendang.. bunga api..bye bye.. isk isk..

*mode : tak sabar tunggu ramadhan dan Syawal muncul lagi!

Wednesday, August 4, 2010

puasa dah dekat! yeye...leh raya!

jeng jeng jeng. anda dah ganti posa ? saya dahhh.. *wink.

sebuk la sangat semenjak dua menjak ni kan.. nti bila dah tak bizi, saya upload beberapa pekerjaan yg kami buat sepanjang julai lepas.(bila rajin la. atau kena rajin? erk.)
ok para peminat sekalian.. semoga bertemu di lain rancangan. hik hik. perasan.

p/s : selamat menyambut Ramadhan! jgn buat mercun sendiri tau. beli je kat bazaar ramadan , main bunga api tepi tasik, lagi kool.

Tuesday, June 8, 2010

morning mania sekalian!


salam semua.. :D dengan ini saya dengan penuh rasa rendah diri dan hidung yg kembang kempis, memotong reben merasmikan acara pembukaan kedai merah jambu mania. sukacita dimaklumkan, peminat boleh menemui kami disekitar lembah kelang buat masa ini. insya-Allah kami akan bukak kedai kami di seluruh malaysia dan negara negara jiran dlm masa yg terdekat ini. terima kaseh kerna menyokong kami. maju lah mania merah jambu utk negara! yeay!